FAM
Berdasarkan ranking terbaru yang dikeluarkan FIFA, kedudukan pasukan kebangsaan adalah di tangga ke 170 dunia.Jika 'orang dalam' FAM menggunakan akal fikiran yang dikurniakan tuhan, perkara sebegini tidak akan berlaku.Kali terakhir Malaysia terlibat didalam perlawanan yang diiktiraf dan dikira pakai oleh FIFA adalah ketika bertemu Bahrain untuk perlawanan kelayakan World Cup 2010 iaitu pada tanggal 28 Oktober 2007, iaitu lebih 5 bulan yang lalu.
Didalam perlawanan tersebut, skuad kebangsaan bermain dengan begitu baik sekali namun tidak bernasib baik hanya mampu seri 0-0 dan gagal meneruskan kempen.Hasil keputusan seri tersebut, Malaysia dikurniakan 15 points dan ranking kita sedikit melonjak hasil keputusan tersebut. Namun sejak perlawanan tersebut, tiada langsung perlawanan persahabatan yang disertai Malaysia.Jikalau hal ini ditanya , alasan yang diberikan adalah tiada masa kerana kepadatan liga tempatan. Tetapi kerana "kecerdikan" FAM jugalah liga tempatan menjadi begitu padat sekali. Nasib pasukan yang layak ke AFC Cup lebih malang, mereka seakan-akan dibuli dan ditindas dengan kepadatan jadual.
Sejarah telah membuktikan bahawa sejak tahun 2004 (debut) , setiap pasukan yang terlibat didalam AFC Cup akan terkulai layu di liga tempatan, tetapi FAM tidak pernah mengambil iktibar atas perkara demikian. Pujian harus diberikan kepada pasukan Kedah yang masih lagi konsisten dan hanya selangkah lagi untuk mempertahan Liga Super kerana kekuatan mental para pemain muda mereka yang mampu menempuh jadual yang padat. Malangnya, pasukan Perak yang turut terlibat didalam ketiga-tiga kejohanan seperti mana pasukan Kedah,terjerat didalam kubur yang digali FAM. Mereka terkulai layu pada Piala FA dan kian merudum didalam Liga Super hasil.
Yang terbaru, KLINIK STRIKER IAN RUSH. Walaupun diakui klinik ini amat bagus sekali kepada penyerang-penyerang tempatan. Tetapi mengapa FAM terhegeh-hegeh melaksanakanya didalam kesibukan jadual. Alangkah eloknya, jika klinik ini diadakan sebelum bermulanya musim baru dan tempoh yang dikenakan lebih lama. Akibat daripada "kecerdikan" FAM ini , pemain Kedah dan Perak terlepas untuk menghadiri kem ini kerana terlibat didalam perlawanan.Kejadian 4 pemain Selangor cabut lari dan tindakan Sabah tidak menghantar pemain ke kem ini membuktikan bahawa FAM seperti kelabu asap didalam perancangan mereka. Saya amat berharap FAM dapat melakukan
sekurang-kurangya 1 perlawanan persahabatn A dalam 2 bulan.
Selain itu, FAM kenalah belajar dengar cakap orang lain. Janagan ada sikap sombong dan bodoh didalam diri.Masihkah FAM ingat kepada Dato' Ahmad Basri, seorang yang sering kali menegur FAM tentang pentingnya pembangunan akademi remaja.Tetapi kerana teguranya membina yang dilontarkan Dato' Ahmad Basri telah digam. Tetapi , adakah FAM buta ataupun tuli.Tidakkah mereka nampak apa yang terhasil pada pasukan Kedah sekarang. Mereka seumpama mesin, stok pemain muda mereka amat banyak sekali,pemain-pemian yang dihasilkan amatlah berkualiti sekali. Coach Perak Steve Darby mengakui , bahawa Kedah mempunyai akademi pembangunan yang berkualiti .
RAHSIANYA PANDAI-PANDAILAH FAM CUNGKIL..
MEDIA
Peranan media kepada bola sepak negara amat besar, tetapi sebesar mana sangatkah media memainkan peranan tersebut.
Pada tahun hadapan , AFC akan memperkenalkan AFC Professional League. Tetapi kemungkinan besar tiada kuota yang akan disediakan kepada pasukan dari Malaysia.Ini kerana Liga Malaysia tidak termasuk dalam senarai kunjungan kedua wakil AFC untuk kejohanan tersebut.
Negara yang bakal menerima kunjungan kali kedua wakil AFC adalah Thailand,Indonesia,Singapore,Vietnam,Korea Republic,Uzbekistan,
India,Japan,Iran,Qatar,Syria,Jordan,Saudi Arabia,UAE,China,Australia.
Tidakkan kita malu melihat bagaimana liga Thailand, Indonesia, Sinmgapore dan Vietnam lebih berkualiti dari liga kita.Walaupun kita sedar bahawa liga dari negara tersebut lebih kurang sahaja kualiti dengan liga kita.Tetapi bezanya ialah, media tempatan disana lebih memberi liputan kepada liga mereka sendiri. Di Malaysia, perlawanan 'live' hanya disiarakan pada hari Sabtu sahaja. Tetapi kita sedia maklum bahawa perlawanan juga berlangsung pada hari Selasa. Sepatutnya badan berkenaan perlu menayangkan lebih banyak perlwanan liga tempatan. Selain itu, perlawanan pasukan kebangsaan kita juga tidak ditayangkan , jika adapun hanya rakaman. Akhbar-akhbar juga lebih mendewakan liga luar. Berita liga tempatan hanyalah seciput sahaja , itupun hanya ringkasan yang sangat ringkas. Tetapi apabila sampai ke liga luar, Beckham itu umpama pemain kita, kemana sahaja dia pergi kita ikut sahaja. England pula umpama negara kita, mereka gagal ke EURO kita sedih macam nmati anak. Tetapi bla tentang bola tempatan , nama player state sendiri pun tak kenal.Atas faktor inilah membuatkan AFC mengeluarkan senarai Malaysia dari kuota yang akan diberikan.
Harapan yang tinggal hanyalah dengan harapan Kedah atau Perak mampu mara ke final
AFC Cup, finalist kejohanan akan diberikan peluang dalam perlawanan pla-off untuk melayakkan diri ke AFC Professional League 2009.
INGAT BOLA..... INGAT-INGATLAH DIRI SENDIRI